BAB 2: KELEBIHAN FERTIGASI

4:10 AM

BAB 2: KELEBIHAN FERTIGASI

Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional. Di antara kelebihannya ialah :

1. Nutrient yang lengkap diberi boleh dikawal dari segi jumlah dan kehendak tanaman mengikut peringkat umur tumbuhan

2. Media dan persekitaran yang bersih menjamin dan menghindar masalah penyakit

3. Mengatasi masalah tanah ( tidak subur, perumah penyakit dan perosak )

4. Hasil yang lebih tinggi kerana tiada pembaziran dan akar menerima nutrient yang secukupnya

5. Tiada masalah merumpai/rumput

6. Kualiti hasil yang lebih baik

7. Penggunaan air dan baja yang lebih cekap dan ekonomi

8. Penjimatan tenaga buruh dengan system automatic

9. Kurang penggunaan racun

10. Jarak tanaman rapat dan diurus secara sistematik

11. Penyakit tidak boleh berjangkit antara pokok

TANAMAN FERTIGASI

11:54 PM

PENGENALAN KEPADA TANAMAN FERTIGASI

Teknologi pertanian masa kini terus berubah mengikut perubahan zaman. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan pada masa yang sama kos buruh dapat dikurangkan. Kaedah Fertigasi kini semakin mendapat tempat di Malaysia dan mula diusahakan oleh pelbagai golongan terutama usahawan dalam bidang pertanian.

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Sistem Fertigasi iaiah satu daripada cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro.

Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon, strawberi dan juga pokok hiasan. Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran.

Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah.

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.

Pembinaan sistem fertigasi sekitar RM 160,000 – RM 180,000 untuk kawasan seluas satu ekar.Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman diatas kawasan terbuka.Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun.

BAB 1 : ASAS FERTIGASI

Penanaman secara Fertigasi ialah kaedah penanaman di mana baja lengkap dalam bentuk larutan nutrient diagihkan ke pangkal tanaman tanpa menggunakan tanah.

Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang sesuai mengandungi media bukan tanah, maka ia tiada nutrient yang seimbang. Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kadar nutrient yang seimbang, kepekatan dan mutu baja yang dibekalkan

Tujuan utama Fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar seperti Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bacteria. Ini semua berasal daripada tanah. Penyakit lain yang merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos pada cili.