Sayuran Fertigasi

8:44 PM


Fertigasi - Penanaman sayur-sayuran adalah merupakan aktiviti yang lazim dilaksanakan oleh peladang-peladang di kawasan Muda sebagai satu sumber pendapatan sampingan. Kaedah yang dilakukan adalah menggunakan kaedah konvensional iaitu menanam di atas tanah. Kaedah ini hanya sesuai untuk sayuran yang mempunyai nilai rendah seperti sayuran berdaun dan berbuah yang berkualiti rendah. Penanaman dijalankan di tanah-tanah kosong dan di ban-ban sungai serta taliair.

Fertigasi - Kini tumpuan adalah diberi kepada tanaman sayuran berteknologi tinggi menggunakan kaedah fertigasi. Objektif projek tanaman sayuran fertigasi di Kawasan Muda ialah menambah dan mempelbagaikan sumber pendapatan peladang melalui tanaman sayuran di kawasan yang sesuai dan di kalangan peladang yang berpotensi. Sasaran projek ini ialah untuk meningkatkan pengeluaran hasil sayuran yang berkualiti dalam negara dan mengurangkan import dan meningkatkan eksport sayuran negara.

Fertigasi - Bagi merealisasikan program ini, konsep pelaksanaannya adalah dengan memperkenalkan teknologi penanaman sayuran bernilai tinggi di dalam rumah perlindungan hujan kepada peladang-peladang dan membaikpulih kawasan penanaman sayuran tradisi sedia ada melalui memperkenalkan teknik-teknik penanaman yang lebih produktif seperti penggunaan sistem pengairan fertigasi / titisan. Sehingga tahun 2005, sebanyak 8 buah PPK telah melaksanakan projek ini yang melibatkan 23 buah rumah fertigasi.

Jenis tanaman yang diberi tumpuan ialah tomato dan Golden Melon Langkawi. Ini adalah disebabkan oleh permintaan pasaran yang tinggi dan boleh diterima oleh pengguna.

Fertigasi - Sayuran atau buah melon yang ditanam dalam bahan media bukan tanah akan dibekalkan dengan larutan baja secara pengairan titis ke setiap tanaman di dalam polibeg pada kadar 2 liter / jam dalam tempoh kekerapan 4 hingga 6 titisan/hari (5 minit / titisan).

Bekalan larutan baja adalah secara automatik, dipam terus dari tangki utama ke paip bekalan utama, ke paip agihan kedua dan terus ke tiub bekalan titisan sehingga ke beg/bekas tanaman.

Peranan media campuran adalah merupakan sokongan mekanikal secara pegangan akar tanaman, mengekal kelembapan di sekitar akar, membentuk ruang udara pada akar, mengekal kelembapan air dan membekal air serta mineral.

~fertigasi~

0 comments: